Lencana Facebook

26 Dis 2009

Buat Dia Yang Bernama Wanita

Sesungguhnya tudung wanita itu ada tiga.
Pertama, tudung Yahudi,
kedua, tudung Nasara(nasrani) dan
ketiga tudung muslimat. Wahai guruku, jelaskanlah kepadaku kerana aku tidak pernah mendengar hal yang sedemikian, soal salah seorang pendengar di hadapannya.

Pertama, tudung Yahudi. Wanita Yahudi memakai tudung juga, tetapi lebihan kain di depan semuanya dilempar ke belakang.

Kedua, tudung Nasara. Wanita Nasara pun lebih dahulu memakai tudung juga, tetapi tudungnya terlalu singkat, sehinggakan dadanya masih kelihatan.

Dan yang terakhir tudung muslimat, wanita muslimat memakai tudung berpandukan firman Allah. Surah an-Nur ayat 31
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Ilmu....



Imam Ghazali berkata: “Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia-sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.


Di samping itu, ilmu yang ada juga masih belum mampu mendorong kita untuk taat kepada Allah s.w.t. Ini kerana beramal dan taat kepada Allah itu datangnya daripada kesedaran diri bahawa ia akan menghadapi maut suatu hari nanti.

Seseorang itu juga tidak mampu menjauhkan dirinya daripada api neraka hanya dengan bergantung kepada pencapaian hidup dan ilmunya semata-mata.

Ia hendaklah diikuti dengan amalan yang didasari dengan ilmu yang telah dipelajarinya.

Apabila kita tidak beramal dengan ilmu yang ada pada diri kita, kita sudah tentu tidak dapat melepasi perhitungan Allah pada Hari Akhirat kelak.


Janganlah sampai kita menjadi orang yang menyesal dan meminta dikembalikan semula ke dunia, suatu perkara yang tidak mungkin terjadi. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah as-Sajdah ayat 12 yang bermaksud :

Wahai Tuhan kami, kami telah melihat kebenaran di hadapan mata kami, kami telah mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan perkara yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia agar kami mengerjakan perkara yang baik-baik. Sesungguhnya kami sekarang telah yakin.

Maka pergunakanlah masa di dunia ini sebaik- baiknya dengan menuntut ilmu dan beramal dengannya, dan jauhilah sikap hanya berbangga- bangga dengan amalan sedangkan ilmunya tiada.


 

25 Dis 2009

Cintailah Aku





Cintailah aku
sebagaimana kau mencintai dirimu sendiri
juga kepada Tuhanmu
memberi belas kasih
dari tanganNya yang dingin
dari langitNya yang murah
hujan, angin, matahari
tak perlu kita membayar
dengan emas, perak dan darah

cintailah aku
seperti apa yang kau inginkan dari keikhlasan
membuatmu merasa seperti kapas
melalang buana tanpa batas
mengikuti rintihan angin bebas

cintailah aku
dengan dirimu sendiri
hati yang kosong
putih, bersih

tanpa perantara

24 Dis 2009

MENGUAP MENURUT ISLAM
 
Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda
bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang
yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan
'Alhamdulillah' , maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula
mengucapkan 'Yarhamukallah! '.
Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap,
hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila
seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)
Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang
bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya
pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang
terbuka.” Riwayat Imam Muslim
Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada orangorang
yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang
kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan
yang mentertawakanmu.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi
Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang
bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara
ketika menguap dan bersin.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi
Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:
1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di
luar solat.
3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.
4. Sunat ketika bersin mengucapkan
“Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah” .
5. Sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap.



*Sumber Laman Web Suara Persatuan Ulama' Malaysia

Aku Tgh Bengang Yg Teramat

khas buat teman
 
 
kau ibarat permata.
kau adalah air sejuk syurga,
menyiram aku si api neraka,
kasih sayangmu adalah tanda cinta yang Esa,
aku hargakan dengan nilai airmata.


teman,
pedulimu meleburkan aku.
terima kasih belum bisa memadai.
doaku hantar sebagai simbol.
aku cinta kau.

23 Dis 2009

Tujuh Kalimah

Sabda Rasulullah S.A.W

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, iaterpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat sertadiampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buihlaut "

 





1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illabillah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya


dari tafsir hanafi


 

22 Dis 2009

Bila Azan Berkumandang...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.
Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak
dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya
yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "HENDAKLAH KAMU MENDIAMKAN DIRI
KETIKA AZAN, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak
fadhilatnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa
yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu
semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian
kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap
kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.." 



21 Dis 2009

Azab Meninggalkan Solat


 
 
 
Kita diwajibkan Allah s.w.t untuk mendirikan solat dengan tujuan mengingati-Nya. Dengan solatlah kita dapat mendekatkan diri dan selalu mengingati Allah. Firman Allah bermaksud:


“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk menyembah-Ku” (Surah Adz-Dzariyat: Ayat 7).


Berdasarkan ayat di atas, adalah menjadi kewajipan kita mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Menunaikan solat lima waktu dalam sehari semalam boleh dianggap tanda pengabdian kita kepada Allah Al-Khalik.


Ibnul Qayyim Al-Jauziyah Rahimahullah berkata: “Manusia yang mengerjakan solat terbahagi kepada lima golongan iaitu:


1. Golongan orang yang zalim terhadap dirinya sendiri dan lalai iaitu orang yang tidak menyempurnakan wuduknya, waktu pelaksanaan solatnya, batasan dan rukun.


2. Orang yang menjaga waktu, batasan dan rukun solat serta menyempurnakan wuduk secara umum, namun semua itu tidak memberi makna apa-apa dalam jiwanya sebab dia dipengaruhi gangguan sehingga dia mengenepikan segala gangguan dan fikiran itu.

3. Orang yang selalu menjaga batasan dan rukun solat. Dia berusaha di dalam dirinya untuk menolak segala gangguan dan godaan. Dia bersungguh-sungguh melawan musuhnya supaya tidak mencuri solatnya. Dia pun selalu solat dengan melawan godaan itu.


4. Seseorang yang selalu melaksanakan solat dengan memulakan semua hak, rukun dan batasan solat. Seluruh hatinya tertumpu untuk selalu menjaga batasan dan hak dalam solat supaya tidak ada satu bahagian pun yang disia-siakan, bahkan seluruh tumpuannya hanya untuk menegakkan solat, menyempurnakan dan melengkapinya. Seluruh hatinya hanya untuk solat dan beribadah kepada Tuhan al-Rabb s.w.t.


5. Orang yang melaksanakan solat seperti golongan keempat. Namun, di samping itu, dia mengambil dan meletakkan hatinya di hadapan Rabb Azza wa Jalla yang selalu melihat hati dan mengawasinya, seakan-akan dia melihat dan menyaksikan-Nya. Sesungguhnya, godaan dan bahaya sudah surut daripadanya sementara kecintaan terhadap Tuhannya semakin meningkat.


Inilah perbezaan antara dirinya dengan orang yang lalai, seperti perbezaan antara langit dan bumi.Inilah orang yang telah ‘ditakluki’ oleh solat untuk Rabbnya. Sesungguhnya, golongan pertama akan mendapat seksa, golongan kedua akan dihisab, golongan ketiga mendapat keampunan, golongan keempat mendapat pahala dan golongan kelima didekatkan Allah s.w.t.


Ulama berpesan untuk kita jadikan pegangan dan renungan iaitu sesiapa meninggalkan solat Maghrib, dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib? Sesiapa yang meninggalkan solat Isyak, Allah tidak reda ia hidup di bumi-Nya.Ini bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat perlindungan-Nya di dunia ini. Lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat). Sesiapa meninggalkan solat Subuh pula, dia akan diseksa selama enam puluh tahun (waktu akhirat) dalam neraka.Perlu kita ingat, azab paling ringan adalah seperti mana azab yang dikenakan terhadap Abu Talib, iaitu bapa saudara Rasulullah s.a.w yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.


Selama ini kita hanya dapat bayangkan bagaimana air mendidih.Mereka yang meninggalkan solat Zuhur diibaratkan seperti meruntuhkan Kaabah. Kalau begitu, sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah. Meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1,000 orang Islam. Firman Allah s.w.t bermaksud:


“Hai orang beriman! Janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Sesiapa yang memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi”. (Surah Al-Munaafiquun: 9)


Dalam ayat yang lain Allah berfirman bermaksud:


“Allah tiada akan memberi tempoh kepada seseorang apabila sudah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui mengenai apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Munaafiqun: 11).

7 Kaedah Mendidik Kecemerlangan Anak Anak








Dalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.

Menurut Datuk Dr. Haji Mohd fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.

Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:



Tahap pertama:Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

1. Kaedah pesanan dan arahan.
Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.

2. Kaedah Bercerita
Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. kaedah Soal jawab
Bersoala jawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.

Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah merujuk pengalaman lalu
Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah nasihat dan teguran
Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.

Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.

6. Kaedah bermain dan bergurau
Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.

Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.

Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah latihan yang berterusan
Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-

a. Jantina

Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.

b. Usia

Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.

Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.