Lencana Facebook

12 Dis 2009

Akulah anak istimewa.( Autisma.)

Kehadiran ku amat dinantikan oleh ibu, ayah, abang dan kakak serta keluarga ku yang lain. Mereka menantikan aku bersama seribu harapan. Pelbagai persiapan yang telah ibu sediakan. Pelbagai perancangam yang ayah telah susunkan. Pelbagai nama sudah kakak senaraikan untuk ku. Pelbagai koleksi milik abang yang abang janjikan untuk diberikan kepada ku. Pelbagai hadiah yang keluarga ku fikirkan untuk aku.


Kehadiran ku sangat dinantikan.
Ibu ayah kakak abang dan keluarga sangat sayang aku. Akulah permata hati mereka. Akulah penambah seri rumah ayah ibu. Mereka sangat menyintai aku.
Hari - hari terasa begitu pantas. Aku bertukar dari comelnya seorang bayi kepada comelnya kanak - kanak yang sihat membesar. Kakak sangat teruja untuk berbicara dengan ku. Abang begitu teruja bermain dengan ku.
Masa terus mengijak tempoh panjangnya. Ibu ayah seakan merasakan sesuatu yang berbeza antara aku dengan kakak dan abang. Kakak dan abang seolah bertanyakan kenapa aku masih seperti yang dulu juga walau sepatutnya tidak.
Garis - garis risau ibu sudah mula terukir di dahi ibu.
Debaran dalam tenang ayah sudah menampakkan degupnya.
Kakak menanyakan kepada ibu mengapa aku tidak mempedulikan panggilanya.
Abang merasakan aku tidak berminat terhadap mainan pemberiaannya.
Seribu satu persoalan ayah ibu.
Seribu satu pertanyaan kakak abang.
Ayah Ibu semakin bimbang.
Apakah mereka akan memilki insan yang luar biasa dalam hidup mereka.Aku dikatakan luar biasa... Luar biasa atas dasar apa? Mungkin kerana aku berbeza dengan anak - anak ibu ayah yang biasa2 itu.
Benak Ibu ayah menjadi buntu.
Fikiran Kakak abang menjadi bingung.
Sehinggahlah persoalan mereka terjawab dengan masa dan ilmu serta pengalaman...

11 Dis 2009

Assalamualaikum warahmatullah.
Ketika musim peperiksaan yang bakal menjelma, pasti ramai yang inginkan petua untuk cemerlang dalam peperiksaan kan?
Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar Muslim yang cemerlang di mana-mana sahaja anda belajar?
Apa kata kita renungkan kembali tips kejayaan yang telah Allah titipkan di permulaan surah Al-Mukminun, surah yang ke 23 di dalam lembaran Al Quran:
1. Keyakinan, kepercayaan and having faith in Allah, His Mercy and His Help.
“Sesungguhnya BERJAYALAH orang-orang yang beriman.” [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan attitude seterusnya yang bakal disebutkan di bawah.
2. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati.
“iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.” [23:2]
Do one thing at one time.
Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari.
Be passionate in it.
Bukan sambil lewa.

3. Prioritize
“dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna).” [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan melampau sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti menyediakan makanan atau memasak (supaya tak makan maggie je selama 2 minggu), membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
However, the best thing to do during your break is to take wudhu’, solat hajat or recite Quran so that we will be closer to Allah, therefore our hearts will be at peace and calm state no matter how hard is the exam.
Selain itu, elakkan merungut, mengumpat lecturer dan sebagainya kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah. Na’uzubillah.
4. Care about each other
“dan orang-orang yang menunaikan zakat.” [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu baik dari segi ilmu pengetahuan, past year papers, atau sekadar makanan. Sharing is caring.
5. Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
“dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” [23:5, 6, 7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan study berdua-duaan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tension je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda. Padahal Allah kan sentiasa ada, sentiasa melindungi, sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta padaNya.
6. Jujur & amanah
” dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya.” [23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak sponsor dan dengan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh dan score well in our exam? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkanNya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana. InsyaAllah.
Please, no cheating in term of time, especially in exam hall. Stop writing immediately when you are told to so. Instead, its time to say “Bismillahi tawakkaltu ‘ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil ‘azim.”
7. Punctual & particular
“dan orang-orang yang memelihara solatnya.” [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks muslim student’s life ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuangan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin.
Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan, and to maintain keeping up with our effort continuously atau istiqamah.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Highlight utama dalam ayat tersebut supaya kita sangat menjaga hubungan kita dengan Allah kerana kita akan kembali menghadapNya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa banyaknya gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah dan merebut peluang mewarisi syurgaNya.
” Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya.” [23:10,11]
Wallahu’alam.
Semoga berjaya dunia akhirat.
” ….Maka di antara manusia ada yang berdoa: ‘Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.’ Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat. ” [2:200]
“Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.” [2:201]
“Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya.” [2:202]
Sumber: http://msmwestmidlands.wordpress.com/2008/05/13/80/

10 Dis 2009

Setiap Detik Engkau Perlukan Tuhan


Engkau tidak mempedulikan Tuhan
Seolah-olah engkau tidak perlu lagi kepada-Nya
Engkau rasa, engkau boleh hidup tanpa Tuhan
Padahal setiap detik engkau tidak terlepas dari Tuhan
Setiap detik engkau perlukan kepada Tuhan
Cuma engkau sahaja buat-buat tidak tahu
kepada-Nya
Kalau benarlah engkau ada kuasa dan boleh hidup
tanpa bantuan Tuhan
Aku buat satu contoh sahaja
Cuba engkau tidak terima oksigen dari Tuhan
Engkau tutup hidung engkau
Engkau tutup mulut engkau rapat-rapat
Selepas tiga minit engkau akan rasa
Apakah engkau perlu kepada Tuhan atau tidak
Engkau boleh cuba
Supaya engkau sedar siapa engkau
dan siapa sebenarnya Tuhan itu
Itu baru satu contoh sahaja
engkau tidak boleh lari dari Tuhan
Bumi yang engkau pijak, langit tempat berteduh
Akal yang engkau gunakan untuk berfikir
Makan minum engkau, pakaian
dan tempat tinggal engkau
Apakah itu semuanya tidak kena-mengena
dengan Tuhan?
Mengapa engkau sampai tidak boleh berfikir?
Mengapa engkau tidak rasa lagi bertuhan?
Apa yang telah merosakkan engkau?
Hingga engkau tidak mempedulikan lagi Tuhan?
Jawablah sendiri
Gunakanlah akal Tuhan itu
yang ada pada diri engkau untuk menjawabnya
Agar engkau boleh merubah sikap engkau






9 Dis 2009

Masalah Ponteng Sekolah Di Kalangan Pelajar

Ponteng Antara Masalah Disiplin Pelajar Sekolah


Sebelum ini saya ada menulis tentang beberapa masalah disiplin pelajar walaupun sekolah baru sahaja dibuka selama tiga minggu pada tahun ini. Cerita bagaimana seorang pelajar yang maut setelah jatuh daripada tingkat dua sekolahnya, ketua pengawas dipukul oleh sekumpulan pelajar sehingga mendapat jahitan di kepala dan kisah seorang pelajar tingkatan satu yang dibelasah beramai-ramai oleh pelajar tingkatan dua dan tiga ini boleh dibaca di Masalah Disiplin Pelajar Sekolah.

Sementara itu pada tahun lepas pula saya ada menulis tentang beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam usaha untuk menanggani masalah disiplin ini. Cerita tentang bagaimana pentingnya peranan ibubapa, keluarga, sekolah dan rakan sebaya. Malah arah tuju sistem pendidikan yang lebih menjurus kepada peperiksaan ini boleh dibaca di Masalah Disiplin Sekolah.



Salah satu masalah disiplin yang paling besar adalah ponteng sekolah. Masalah ponteng sekolah ini pun bukan perkara baru malah semua orang pernah terlibat atau mengetahui tentangnya semasa bersekolah dahulu. Masalah ini sebenarnya berlaku sepanjang tahun cuma bilangannya meningkat setiap kali selepas peperiksaan sebelum cuti bermula.

Jangan terkejut jika ada yang ponteng sekolah ini dihalalkan oleh ibubapa sendiri terutama mereka yang bersekolah rendah. Ini amat ketara semasa kelas ganti pada hari Sabtu dan ketika selepas peperiksaan. Kedatangan yang merosot ini boleh dilihat apabila pelajar beberapa kelas terpaksa digabungkan untuk memenuhkan sebuah kelas. Cubalah tanya kepada anak atau adik anda bila ada kelas gantian hari Sabtu atau selepas peperiksaan nanti.

Bukankah sikap sebahagian ibubapa yang menghalalkan tidak perlu hadir ke sekolah ini memberi pengajaran yang kurang sihat kepada anak-anak mereka sendiri. Apabila di sekolah menengah nanti pelajar ini akan dengan sendirinya mencari berbagai alasan untuk membolehkan dia tidak datang ke sekolah. Akhirnya mereka ini akan menganggap pergi ke sekolah ini satu bebanan dan seringlah dia melencong ke tempat lain.

Pihak sekolah juga perlu mengambil perhatian kerana antara punca pelajar ponteng ialah kegagalan pihak sekolah menyediakan program yang menarik setelah selesainya peperiksaan. Ini telah dijadikan alasan oleh ibubapa dan para pelajar yang mengatakan membuang masa dan bosan untuk ke sekolah.

Oleh itu sekolah patut mengadakan program yang menarik minat pelajar hadir ke sekolah selepas menduduki peperiksaan. Sementara itu ibu bapa juga perlu menasihati anak-anak mereka supaya terus ke sekolah meskipun peperiksaan telah berakhir.

Pada tahun lepas Kementerian Pelajaran ada mengumumkan cadangan untuk melewatkan peperiksaan akhir tahun sehingga seminggu atau dua minggu sebelum cuti persekolahan akhir tahun bermula. Perubahan yang dicadangkan ini juga membabitkan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Apabila ianya dilaksanakan tahun ini pihak kementerian berharap masalah ponteng sekolah akan dapat dibendung.

Semoga secara beransur-ansur masalah disiplin pelajar sekolah ini akan dapat dikurangkan. Di masa akan datang saya akan menyentuh tentang cara terbaik untuk mengendalikan anak yang mempunyai masalah disiplin di sekolah.

Manusia Makhluk Mulia

Dalam memacu pembangunan negara secara holistik, modal insan yang bertaqwa dan mempunyai jiwa yang bersih serta integriti diri yang kukuh amat diperlukan. Dengan lahirnya tonggak-tonggak penggerak kepada pembangunan seperti ini akan menjamin pembangunan negara terus dapat dipacu dan dipastikan hasilnya mendatangkan kebaikan kepada seluruh warga negara dan menjauhkan masyarakat daripada menanggung kesan yang menggugat keharmonian hidup. Antara asas kepada lahirnya tenaga kerja seperti ini ialah memahami nilai diri manusia yang telah dijadikan oleh Allah di atas muka bumi. Nilai diri terpenting yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada manusia ialah pengiktirafan manusia sebagai makhluk yang mulia berbanding dengan makhluk lain:
Manusia makhluk mulia.

Allah telah memuliakan manusia berbanding dengan makhluk-makhluk lain yang dijadikan di atas muka bumi ini. Kemuliaan yang dianugerahkan kepada manusia ini dapat dilihat melalui beberapa keistimewaan yang ada padanya dan tidak ada pada makhluk yang lain. Antara keistimewaan-keistimewaan yang ada pada manusia ialah:

1. Allah mengiktiraf kedua-dua unsur yang ada pada manusia.

Allah telah mengiktiraf kewujudan dan peranan unsur jasadi dan rohani yang ada pada manusia. Pengiktirafan ini dapat difahami melalui perintah mempersediakan kekuatan yang berupaya menggerunkan musuh yang disebut oleh Allah dalam ayat 60 surah Al-Anfal. Firman Allah:

Maksudnya: Dan persediakanlah bagi berdepan dengan musuh segala kekuatan yang kamu upaya adakan seperti kuda tunggangan yang boleh digunakan bagi menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu. (Al-Anfal: 60)


Sekiranya Allah tidak mengiktiraf peranan jasadi yang ada pada manusia nescaya perintah memperlengkapkan kekuatan dalam berdepan dengan musuh ini tidak diturunkan kepada orang-orang Islam. Ini kerana Allah Maha Berkuasa untuk menghancurkan musuh-musuh agama dan syariatNya. Pengiktirafan terhadap peranan unsur jasadi dan rohani juga dapat difahami melalui sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Mukmin yang kuat adalah lebih dikasihi oleh Allah berbanding dengan mukmin yang lemah. Akan tetapi pada kedua-duanya adalah kebaikan.”

Pengiktirafan Allah terhadap unsur rohani dan jasadi ini juga dipaparkan melalui ayat-ayat Al-Quran yang menyeru manusia supaya memerhatikan dan memikirkan kejadian-kejadian Allah yang ada disekeliling mereka. Dengan menggunakan akal yang merupakan salah satu elemen rohani yang ada pada manusia membolehkannya untuk mengenal Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Bijaksana. Firman Allah:

Maksudnya: Ulul Albab ialah mereka yang memikirkan kejadian langit dan bumi (lalu mereka berkata) “Engkau tidak jadikan semua ini wahai Tuhan kami dengan sia-sia. Maha Suci Engkau. Maka lindungilah kami daripada azab api neraka. (Ali Imran: 191)

Dengan wujudnya pengiktirafan inilah Allah telah menggubal doktrin taklif yang dikenakan ke atas setiap lelaki dan perempuan Islam yang telah mencapai umur tertentu. Sekiranya diteliti taklif yang disyariatkan oleh Allah adalah merangkumi taklif rohani yang merangkumi iman dan akhlak serta taklif jasadi seperti menunaikan solat berpuasa, menunaikan haji dan berjihad.

2. Diamanahkan sebagai khalifah di atas muka bumi.

Agama Islam telah mengiklankan kemuliaan manusia dengan mengangkat martabatnya sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Firman Allah:

Maksudnya: Tatkala Tuhan Mu (wahai Muhammad) berkata kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah (manusia) di atas muka bumi.” (Al-Baqarah: 30)

Dengan hikmah Allah, keinginan untuk membangunkan muka bumi dan bekerja adalah antara citara asal yang ada dalam sanubari manusia. Konsep manusia sebagai khalifah ini juga dijelaskan oleh sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Setiap kamu adalah pengembala, dan setiap pengembala akan ditanya tentang gembalaannya.”

Kekhalifahan manusia muslim di atas muka bumi adalah bergantung kepada keterikatannya kepada perjanjian Allah iaitu mestilah berdiri teguh di atas jalan pertunjukNya, hanya mengabdikan diri kepadaNya, tidak mendakwa dirinya sebagai tuhan dan mengikut segala hukum Allah sebagai manhaj hidupnya. Pada ketika itu akan terserlahlah kemuliaan manusia muslim sebagai khalifah.

3. Seluruh alam dijadikan oleh Allah untuk kegunaan manusia.

Antara bentuk kemuliaan manusia lagi ialah Allah menjadikan segala makhlukNya yang ada di atas muka bumi ini tunduk dan memberikan khidmatnya kepada manusia. Semua makhluk termasuk langit, bumi, binatang, tumbuhan, air, udara yang sebagainya sentiasa patuh untuk digunakan oleh manusia. Semua dijadikan oleh Allah untuk memenuhi kepentingan dan kebaikan serta mendatangkan kebahagiaan kepada manusia. Firman Allah:

Maksudnya: Allah-lah Tuhan yang telah menjadikan langit dan bumi, dan telah menurunkan hujan daripada langit lalu ia dengannya Dia mengeluarkan hasil buah-buahan sebagai rezeki bagi kamu. Dan Dia telah menjadikan kapal bagi kamu supaya kamu dapat menggunakannya untuk belayar di lautan dengan keizinanNya. Dan Dia telah menjadikan bagi kamu sungai-sungai dan menjadikan bagi kamu matahari dan bulan yang saling silih berganti. Dan Dia menjadikan bagi kamu siang dan malam. Dan Dia memberikan kepada kamu segala yang kamu pinta. Sekiranya kamu hitung nikmat Allah nescaya kamu tidak akan berupaya mengiranya (Ibrahim: 32-34)

4. Makanan dan minuman manusia adalah benda-benda yang baik

Antara bentuk kemuliaan manusia lagi ialah Allah menjadikan rezeki yang masuk ke dalam tubuh badannya terdiri daripada benda-benda yang baik dan mulia. Firman Allah:

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah memuliakan keturunan Adam, dan Kami telah perjalankan mereka di lautan dan di daratan, dan Kami telah berikan kepada mereka rezeki yang baik-baik (Al-Israk: 70)

5. Mempunyai kebebasan memilih.

Untuk menonjolkan kemuliaan manusia berbanding dengan makhluk-makhluk lain samada malaikat atau binatang serta alam benda yang lain, Allah telah memberikan kebebasan memilih kepada manusia dalam segala aspek yang bersifat iradi  sekalipun dalam aspek akidah iman dan kufur serta perlakuan yang mengakibatkan pahala dan dosa. Firman Allah:

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia berasal daripada air mani yang bercampur antara lelaki dan perempuan untuk Kami uji. Kemudian Kami jadikan mereka bolehmendengar dan melihat. Sesungguhnya Kami memberikan pertunjuk kepada mereka dua jalan samada jalan orang bersyukur atau jalan orang yang kufur (Al-Insan: 2-3)

Firman Allah lagi:

Maksudnya: Maka barang siapa yang mahu hendaklah dia beriman dan barang siapa yang mahu kafir biarlah dia kafir (Al-Kahfi: 29)


Dengan adanya kebebasan memilih ini manusia dipertanggungjawabkan terhadap tindakan-tindakan yang dilakukannya di dunia untuk diperhitung di akhirat kelak. Dalam perbincangan ilmu fiqah konsep ini dinamakan sebagai taklif. Semua tindakan manusia akan dibicarakan samada kecil atau besar. Manusia tidak akan ada hujah lagi dihadapan Allah apabila tetap melakukan maksiat terhadapNya setelah segala keterangan tentang syariatNya diperjelaskan oleh Rasul.

6. Berhubung terus dengan Allah.

Allah membuka pintu taqarrub kepada manusia untuk mendekatkan diri dan meminta daripadaNya pada bila-bila masa, di mana-mana dan dalam sebarang keadaan. Firman Allah:

Maksudnya: Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada Engkau (wahai Muhammad) tentang Aku, maka (katakanlah kepada mereka) sesungguhnya Aku adalah hampir dengan mereka. Aku memperkenankan doa orang yang meminta apabila dia berdoa kepada Aku (Al-Baqarah: 186)

Dalam satu hadis Qudsi, Allah memberitahu kepada manusia tentang hubunganNya dengan hamba-hambaNya tanpa perlu kepada perantara atau orang tengah sebagaimana yang terdapat dalam ajaran agama lain. Dengan konsep hubungan terus ini manusia tidak perlu mencari ‘orang alim’ untuk menjadi orang tengah meminta kepada Allah bagi pihaknya. Manusia juga tidak perlu mendapatkan khidmat ‘wali’ untuk meminta ampun daripada segala dosa yang pernah dilakukan bagi pihaknya kepada Allah. Dengan itu manusia boleh berhubung dengan Allah pada bila-bila masa dan dimana sahaja tanpa perlu bantuan orang lain.

Dengan menghayati nilai diri manusia yang telah dikurniakan oleh Allah sebagaimana yang telah disebutkan di atas, maka manusia dapat memainkan peranan yang sepatutnya dalam membina kehidupan masyarakat di dunia dan dapat menjauhkan diri daripapada perkara-perkara yang boleh merosakkan nilai mulia tersebut. Dengan itu manusia tersebut akan menjadi insan berguna bagi diri dan orang lain

8 Dis 2009

Amalan Menguatkan Ingatan....

Segala puji-pujian kembali kepada ALlaah Tuhan Pentadbir 'alam. Setiap makhluq yang bergerak, daun-daun berguguran hatta pergerakan sekecil zarah pun, semua itu di dalam pengetahuan ALlaah. Maha Suci ALlaah daripada segala kekurangan. Dia Maha Perkasa, Dia Maha Bijaksana, Dia Maha Berkuasa. Selawat dan Salam buat Nabi tercinta Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, buat ahli keluarga Baginda, dan sekalian para pejuang yang benar dalam perjuangannya.

Ketahuilah saudara-saudaraku! setiap kejadian, setiap penciptaan (makhluq), setiap benda yang wujud itu di dunia ini PASTI ada sebab keperluannya untuk diwujudkan. Tidak ALlaah menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Sehubungan dengan itu, artikel kali ini secara ringkasnya ingin menyenaraikan tips-tips untuk menguatkan ingatan. Insha'ALlaah. Apapun, semua itu berlaku atas keizinan ALlaah jua hendak-Nya.

1. Banyakkan membaca dan memandang Al-Qur'an
2. Perbanyakkan istighfar
3. Perbanyakkan selawat ke atas RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam.(Kalau berkemampuan 300 kali sehari. Kalau tak mampu, lazimkan diri baca selawat 10x selepas solat fardhu, bila dah biasa... tambahkan lagi 20x bacaan selawat selepas solat fardhu... dan begitulah seterusnya upgrade kan 'amalan liLlaahi Ta'ala)
4. Dirikan 'ibadah di satu pertiga malam (Qiamullail). (Insha'ALlaah mampu menjernihkan fikiran, hati, jiwa dan melapangkan dada. Sekaligus memudahkan urusan di siang hari)
5. Baca do'a semasa memegang kitab atau buku. Syeikh Syidad bin Hakim dapat do'a ini dalam mimpi:

بسم الله وسبحان الله ولا إله إلا الله أكبر ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم العزيز العليم عدد كل حرف كتب ويكتب أبد الآبدين ودهر الداهرين

6. Baca do'a ini selepas solat fardhu atau selepas selesai belajar.
آمنت بالله الواحد الآحد الحق وحده لا شريك لك وكفرت بما سواك
7. Kurangkan makan supaya otak jadi jernih dan terang.
8. Makan kismis 21 biji sehari dengan selawat.
9. Makan kekacang seperti pistachios 3 biji sehari
10. Minum susu (Sebaiknya minum 1 gelas di waktu pagi & 1 gelas sebelum tidur)
11. Makan sayur bayam
12. Minum kacang soya

13. Makan buah kurma 2 -3 biji sehari. (Telah berkata Profesor Ungku Aziz:
"Saya mempunyai ingatan yang kuat hingga ke hari ini kerana saya mengamalkan sunnah Nabi Muhammad
SollaLlaahu 'alaihi wa sallam makan kurma 2 biji sehari"

14. Minum madu satu sudu pagi dan petang.
15. Makan minyak ikan (Vitamin B1) seperti yang di'amalkan oleh orang Jepun.
16. Elakkan makan kepala ikan dan organ dalaman haiwan(Seperti hati ayam, perut lembu/ kerbau, dll)
17. Belajar berterusan dan selalu mengulangkaji pelajaran
18. Elak berfikiran negatif
19. Elakkan memikirkan perkara maksiat kerana maksiat menutup 'aqal dari cahaya kebenaran.

***Mutakhir ni dah banyak usahawan Islam yang mengusahakan produk-produk yang baik untuk kesihatan otak... antaranya Jus Kismis As-Syifa dan Jus Tok Guru... yang menghimpunkan 8 jenis makanan sunnah...(Antaranya ialah Kismis, Kurma Ajwah/Kurma Nabi, Kurma Madu, Buah Tin, Madu, Habbatus Sauda', Minyak Zaitun, Za'faran dan buah delima). Kalau nak dapatkan produk-produk ni senang jek... beli kat kedai-kedai Islamik. Bagi negeri Sabah, Jus Kismis As-Syifa' ana boleh bekalkan.. insha'ALlaah.Di Wisma MUIS dan Aslam Niaga pun ada jual produk-produk ni. .


KHASIAT HIMPUNAN MAKANAN-MAKANAN SUNNAH:


1. KISMIS
Di dalam kitab Tib Annabawi (Perubatan Islam) menyebut hadis yang bermaksud "Sebaik-baik makanan ialah Buah Zabib (kismis).Ia menghilangkan keletihan, mengurangkan urat-urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit, dan mengharumkan bau hidung serta mulut"

2. KURMA AJWAH/ KURMA NABI
Sabda Nabi bermaksud "Barangsiapa memakan 7 biji Kurma Ajwah pada setiap pagi maka pada hari itu ia tidak akab dimudharatkan oleh keracunan dan sihir"
*** Keracunan memang banyak terdapat dalam minuman dan makanan di zaman moden seperti klorin, toksin, dan seumpamanya.

3. KURMA MADU
"Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana ianya mengandungi zat galian seperti Potasium, Kalsium, dan Zat Besi yang menyihatkan sel darah merah" (Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan, Fakulti Sain Pemakanan & Bioteknologi UPM)

4. BUAH TIN

Ulama Tafsir Fakhruddin Ar Razi dalam kupasannya mengenai Surah Tin menyatakan khasiat Buah Tin di antaranya ialah mencuci hati, mengurangkan panas badan, membersihkan kahak-kahak, lelah, membesih buah pinggang, sendi-sendi dan juga buasir.

5. MADU

Firman ALlaah Subhanahu wa Ta'ala dalam Surah An Nahl ayat 68-69 yang bermaksud:
"Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia dari berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan ALlaah) bagi orang yang mahu berfikir"

6. HABBATUS SAUDA'
RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam telah bersabda yang bermaksud:
"Hendaklah kamu mengambil habbatus sauda' ini kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit melainkan mati"

7. MINYAK ZAITUN (MZ)
Menurut masyarakat orang asli Greek di Crete, MZ dapat menghindarkan seseorang itu diserang penyakit jantung. Ini kerana MZ dapat merendahkan kandungan kolesterol dalam badan. Malah menurut pakar kajian Sepanyol, MZ dapat mencegah badan daripada kanser kolon.

8. ZA'FARAN
Dalam kitab perbatan karangan Abdul Latif 'Asyur, menyebut tentang Za'faran iaitu sejenis tumbuhan ubat terkenal dan diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina. Saiyidina Ali K.W pernah menyatakan tentangnya:
"Sesiapa yang mengambil Za'faran tulen dan su'di satu bahagian, dicampur dengan madu, diminum sebanyak 2 kali pada setiap hari maka dikagumi ingatannya sehingga melakukan sihir".

Kelebihan Surah Al-Ikhlas


Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”

* Dari Al-Muwatta’, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulallah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).

* Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).

* Dari Abu Hurairah r.a. - Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa membaca ‘Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur’an”. “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-quran seluruhnya”. (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy) “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga..” (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras).
* Dari Ubay Ibn Ka’ab - Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya - dari - pahala seperti pahala syuhada” .”Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat (masyrik ke maghrib) Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan” (Riwayat Ibnu Abbas) “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya ‘Qul Huwallahu Ahad” itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., ‘Allahus Somad’ itu tertulis di sayap Mikail A.S., ‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. ‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’ tertulis pada sayap Israfil a.s.”

Remaja Kita Masa Kini...Kemana Arah Tujunya

Remaja Rasa Bangga Terlibat Jenayah

Mereka sanggup mencuri, merogol, menjual diri serta membunuh selain terbabit dalam pergaduhan dan samseng. Malah ada yang bertindak di luar batasan adab dan pegangan apabila sanggup menjual diri pada harga serendah RM50 setiap pelanggan untuk mendapatkan wang.

Ini bukanlah profil penjenayah yang diburu mahupun sudah bergelar banduan, sebaliknya senario terkini golongan pelajar yang kian membimbangkan.


curi, rogol, lacur, buli, bunuh
Pelajar yang menjadi harapan sebagai generasi pelapis dan sepatutnya bergelut memperlengkapkan diri menjadi insan serba boleh demi masa depan, sebaliknya mencurah tumpuan dan masa muda berharga dengan melakukan pelbagai jenayah seperti mereka yang bertaraf profesional.

Atas alasan mahu mendapatkan populariti, meraih wang mudah serta mendapat perhatian rakan sebaya, pelajar berusia 13 hingga 18 tahun ini sudah tidak lagi malu melakukan jenayah.

Silap jika ada yang beranggapan ini trend semasa bersifat sementara dan hanyalah gelojak jiwa muda remaja yang lebih suka mencuba perkara baru.

Buktinya, statistik serta kajian pihak berkuasa, badan bukan kerajaan (NGO) serta institusi pengajian tinggi tempatan, menunjukkan betapa jenayah pelajar di dalam mahu pun di luar sekolah, bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Ia diakui sendiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang memetik statistik menunjukkan peningkatan kes jenayah bunuh, rogol, samun, merusuh, mencuri dan kesalahan lain membabitkan anak muda itu.

Pelajar Perempuan MerokokSelain peningkatan kes, jumlah tangkapan pelajar berumur antara 13 hingga 18 tahun juga turut mencatatkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Buktinya, bagi sepanjang 2007, sejumlah 1,836 kes jenayah dilaporkan dengan 3,383 pelajar ditahan. Angka itu meningkat sebanyak 382 kes kepada 2,218 kes tahun lalu yang menyaksikan seramai 3,725 pelajar ditahan.

Belum pun reda kejutan akibat kenyataan Musa, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye pula mendedahkan, dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini saja, seramai 295 pelajar berusia antara 13 hingga 18 tahun terbabit pelbagai kes jenayah termasuk membunuh.

Sambil mengakui trend itu amat membimbangkan, Lee berkata kebanyakan pelajar itu terbabit dalam kes curi motosikal selain kes pecah rumah, mencederakan orang lain dan rogol. Lebih menyedihkan, walaupun kelab pencegahan jenayah sudah dilancarkan di 3,764 sekolah sejak 1994, ia ternyata tidak berjaya membendung kadar peningkatan jenayah di kalangan pelajar.

Keadaan juga tiada jauh bezanya di sekolah. Hasil kajian Petunjuk Keselamatan dan Jenayah di Sekolah anjuran Universiti Malaya yang diumumkan tahun lalu, menunjukkan empat masalah utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme atau samseng.

Kajian setahun pada 2006 - 2007 dilakukan Pensyarah Fakulti Pendidikan UM Profesor Madya Dr Tie Fatt Hee, membabitkan 740 responden di kira-kira 12 sekolah di Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

"Kajian awal ini cuma membabitkan pelajar berusia 16 tahun yang disifatkan tahap usia penting sebelum memasuki Tingkatan Lima dan seterusnya menyertai masyarakat. Apa yang boleh dirumuskan, jenayah di sekolah tetap berlaku sama ada di kawasan bandar mahu pun luar bandar.

"Bagi saya, perkembangan ini amat membimbangkan biarpun hakikatnya jenayah di sekolah ini masih dianggap terkawal jika dibandingkan dengan bilangan murid di seluruh negara," kata Dr Tie ketika ditemui, baru-baru ini.

Lebih membimbangkan, katanya, 46 peratus responden itu mengakui pembelajaran mereka terganggu akibat ancaman jenayah di sekolah yang sekali gus boleh menjejaskan pencapaian akademik mereka.

"Kita perlu ingat, masalah disiplin di sekolah ini bukanlah sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba sebaliknya ia membabitkan proses yang berpanjangan. Seperti juga penyakit, ia mempunyai simptom atau petanda awal tertentu yang perlu ditangani seberapa segera.

"Jika ia dibiarkan melarat, tanpa sebarang tindakan oleh pihak sekolah, jenayah ini boleh melarat melangkaui kawasan sekolah."

Dr Tie yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dan undang-undang, berkata apa yang menyedihkan, majoriti pelajar yang ditemui menerusi kajian itu, mengakui menjadikan kawan atau rakan sebagai rujukan utama dalam sistem sokongan mereka.

"Di mana peranan ibu bapa dan guru-guru yang sepatutnya di hierarki atas sistem sokongan itu dan menjadi tempat utama pelajar mengadu masalah mereka? Ini jelas menjadi satu kepincangan kerana kita perlu sedari, ada bahayanya apabila pelajar menjadikan rakan sebagai pakar rujuk mereka, terutama jika rakan itu juga bermasalah."

Sehubungan itu, beliau menegaskan, sudah tiba masanya semua pihak - ibu bapa, sekolah dan masyarakat menggembleng tenaga bagi mengatasi masalah jenayah di kalangan pelajar ini.

"Guru yang menyedari pelajar bermasalah perlu segera memaklumkan kepada pihak sekolah bagi tindakan susulan termasuk memanggil ibu bapa dan pihak polis. Ibu bapa pula harus bersikap prihatin apabila dipanggil dan bukannya menuding jari ke arah pihak sekolah.

"Selain itu, kita juga harus menerapkan kepentingan kaedah pendidikan berkaitan undang-undang yang mana pelajar didedahkan dengan jenayah dan jenis hukuman serta hak mereka," katanya.

Maklumat
  • 5.4 juta pelajar di seluruh negara
  • Indeks pembabitan pelajar dalam jenayah - 0.03 peratus berbanding jumlah keseluruhan
  • Usia pelajar bermasalah 13 - 18 tahun
  • Statistik polis, penglibatan remaja;
    • 2007 - 1,837 kes jenayah dan 3,383 pelajar ditahan
    • 2008 - 2,218 kes jenayah dan 3,725 pelajar ditahan
  • Kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dengan kerjasama Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Malaysia, punca terlibat gejala mat rempit;
    • 48.1 peratus akibat kebosanan
    • 38 peratus bertujuan mengisi masa lapang
    • 27.8 peratus dipengaruhi kawan
  • Kajian Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia - Seramai 295 pelajar terbabit dalam pelbagai jenayah sepanjang tempoh dua bulan pertama tahun 2009
  • Kajian Universiti Malaya - masalah disiplin utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme.
Sumber : Berita Harian

7 Dis 2009

Lumpuhnya Kekuatan Umat Islam


Diantara penyakit jiwa yang dapat melumpuhkan kekuatan islam adalah cintakan dunia.Kerana dihinggapi penyakit cintakan dunia,maka semua usaha dan keinginannya dihapuskan untuk mencapai kesenangan hidup duni semata-mata. Semua usaha diperhitungkan dengan keuntungan dunia, sekalipun usaha itu merugikan orang lain.
Lantaran itu semangat perjuangan makin hari makin menurun, bahkan rasa untuk membela islam sudah tidak ada lagi. Penyebaran islam sentiasa diukur dengan material, bila menguntungkan dirinya baru hendak berjuang dan jika dipandang kurang menguntungkan lebih baik diam sahaja.
Bukan hanya sekadar cinta tapi, tetapi sebenarnya sudh rakus dengan dunia. Memang dunia ini manis rasanya, maka ramai manusia yang terperangkap dalamnya. Ramai manusia yang silau dengan keindahannya sampai tidak tahu mana yang halal dan mana yang haram,mana yang baik dan mana yang bahaya.
Dalam satu hadis nabi Muhammad SAW bersabda:
“Sesungguhnya dunia itu manis,yang hijau (baik dipandang),dan sesungguhnya allah itu menjadikan kamu sebagai khalifah( untuk mengatur) didalamnya. Allah akan melihat apa yang kamu kerjakan, maka takutlah kepada dunia dan takutlah kepada wanita, sesungguhnya fitnah pertama yang melanda bani Israel adalah wanita”

Apabila umat islam sudah mengagungkan dunia, enggan dengan perjuangan islam dan tidak berani menganjurkan yang baik serta enggan melarang yang mungkar, maka Allah akan mencabut kebesaran islam dari permukaan bumi ini dan akan mencabut keberkatan wahyu…
Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Pentadbir dan Pencipta alam. Dia Maha Kuasa, Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Dia-lah yang menciptakan segala apa-apa yang ada di langit dan di bumi... Selawat dan salam buat kekasih Allah, utusan yang mulia Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, ahli keluarga Baginda, sahabat-sahabat Baginda dan sekalian orang-orang beriman dan pejuang kebenaran hinggalah yaumul qiyamah.


Assalaamu'alaykum wa rohmatuLlahi wa barakatuh...
Musilimin muslimat yang ana hormati pada jalan Allah... Bacalah artikel ini dengan MATA HATI yang disinari dengan nuriman yang mendambakan redho Allah dan mengharap ketenangan hati...

Mari kita renungkan penciptaan alam ini. Rehatkan minda dan tenangkan hati dengan mengingati kejadian-kejadian yang menunjukkan kebesaran serta kekuasaan Allah...Bukankah dengan mengingati Allah kita dijanjikan-Nya ketenangan hati ???


Firman Allah Subnahu wa Ta'ala:
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (Yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Robb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka” (Ali Imran: 190-191)

Maha Suci Allah...cuba kita lihat gambar bumi... satu planet yang diciptakan Allah. Yang didiami oleh manusia... Bumi yang bulat berpusing-pusing mengelilingi matahari...kejadian yang diaturkan Allah ini menyebabkan berlakunya siang dan malam. SubhanaLlaah... tidak pernah sama sekali berlaku pertembungan...Tidak kah kita mahu menggunakan aqal fikiran untuk memikirkan kejadian yang hebat ini??? Adakah semua itu boleh terjadi dengan sendirinya???


Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...

Allah menciptakan pelbagai jenis haiwan. Ada yang hidup di dalam air.dan ada yang di darat.. Semuanya menjalani kehidupan sesuai dengan kejadian ciptaan mereka... Ada yang boleh dimakan, ada yang menjadi tunggangan, ada yang berkaki dua, ada yang berkaki empat, ada yang hidup tak bertulang belakang... secara ringkasnya, kejadian penciptaan tersebut sudah menunjukkan betapa ada Dzat Yang maha Agung Maha Kuasa yang menciptakan segala apa yang ada di langit dan di bumi ini...

Tidakkah kalian ingin beriman? Masih kah kalian angkuh daripada menyembah Allah Yang Menciptakan diri anda hingga sanggup dan berani melakukan maksiat secara tersembunyi mahupun terang-terangan? tanpa segan silu?? Sibuk berhibur hingga melupakan tanggungjawab sebagai muslim??? Sibuk mengumpul harta hingga kewajipan solat dan membayar zakat diabaikan??? Marilah kita tepuk dada, tanya iman... Bukan tanya selera...tanya selera, nafsu yang menjawabnya...


Atau kalian masih ragu akan kewujudannya??? Firman Allah ta'ala :

" أََََفِي اللهِ شَكٌّ "
Maknanya: “ Apakah ada keraguan terhadap Allah ?!”.(Surah Ibrahim : Ayat 10)

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...

Comelnya anak kucing ni kan??? dari kecil beralih ke remaja... dari remaja beralih ke alam dewasa... dari dewasa ke alam keibubapaan... kemudian melahirkan anak... sehinggalah usia semakin meningkat ke umur mendekati kematian... Tanya diri kita sendiri... sudah cukupkah 'amal kita untuk menjadi bekalan menghadap hari perhitungan kelak???




Lihat di sana sini... di langit, kelihatan burung berterbangan di udara... Cuba lihat di padang, di dahan dan di ranting-ranting pokok... Kelihatan burung-burung sedang berkicau riang bertasbih memuji kebesaran Allah dengan bahasa mereka yang tersendiri yang telah diilhamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala...


Muslimin muslimat yang ana hormati pada jalan Allah...
Marilah kita berusaha untuk mengenal Allah...Pergunakanlah sebaik-baiknya pancaindera yang diciptakan untuk mengenali Allah. Dan ketahuilah bahawasanya, Allah tidak sama dengan makhluq yang diciptakan-Nya...


Imam Ar-Rifa'ie pernah berkata:
" غَايَةُ الْمَعْرِفَةِ بِاللهِ الإيقَانُ بِوُجُودِهِ تَعَالى بِلاَ كَيْفٍ وَلاَ مَكَانٍ"
Maksudnya: “Setinggi-tinggi ma’rifatullah (mengenal Allah ta’ala) adalah dengan meyakini bahawa Allah ta’ala ada tanpa bentuk dan tanpa tempat”.

Taatilah perintah Allah semampu yang terdaya. Jangan sesekali mengabaikan solat fatdhu... Tunaikanlah kewajipan yang telah difardhukan ke atas kita walau apa keadaan kita sekalipun. Kita hidup di dunia ini hanyalah sementara...Berusahalah agar kematian kita nanti dalam husnul kotimah (mati dalam keadaan yang baik)...


Tugas seorang manusia bahkan jin sekalipun telah pun dinyatakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam firman-Nya:

{ وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ } (الذاريات/56).
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”


P/s: Mohon maaf dunia akhirat atas segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan samada secara sedar mahupun tidak.

Ana al-faqiroh wad-dho'ifah ilallah