Waktu Mustajab Untuk Berdoa
Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:
| 1. | Semasa Lailatul-Qadar |
| 2. | Ketika hujan turun. |
| 3. | Ketika memulakan dan setelah selesai solat. |
| 4. | Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan. |
| 5. | Di tengah malam |
| 6. | Di antara azan dan iqamah. |
| 7. | Ketika sujud dalam solat. |
| 8. | Ketika iktidal akhir dalam solat. |
| 9. | Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran. |
| 10. | Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur). |
| 11. | Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat. |
| 12. | Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib |
