Lencana Facebook

12 Dis 2009

Akulah anak istimewa.( Autisma.)

Kehadiran ku amat dinantikan oleh ibu, ayah, abang dan kakak serta keluarga ku yang lain. Mereka menantikan aku bersama seribu harapan. Pelbagai persiapan yang telah ibu sediakan. Pelbagai perancangam yang ayah telah susunkan. Pelbagai nama sudah kakak senaraikan untuk ku. Pelbagai koleksi milik abang yang abang janjikan untuk diberikan kepada ku. Pelbagai hadiah yang keluarga ku fikirkan untuk aku.


Kehadiran ku sangat dinantikan.
Ibu ayah kakak abang dan keluarga sangat sayang aku. Akulah permata hati mereka. Akulah penambah seri rumah ayah ibu. Mereka sangat menyintai aku.
Hari - hari terasa begitu pantas. Aku bertukar dari comelnya seorang bayi kepada comelnya kanak - kanak yang sihat membesar. Kakak sangat teruja untuk berbicara dengan ku. Abang begitu teruja bermain dengan ku.
Masa terus mengijak tempoh panjangnya. Ibu ayah seakan merasakan sesuatu yang berbeza antara aku dengan kakak dan abang. Kakak dan abang seolah bertanyakan kenapa aku masih seperti yang dulu juga walau sepatutnya tidak.
Garis - garis risau ibu sudah mula terukir di dahi ibu.
Debaran dalam tenang ayah sudah menampakkan degupnya.
Kakak menanyakan kepada ibu mengapa aku tidak mempedulikan panggilanya.
Abang merasakan aku tidak berminat terhadap mainan pemberiaannya.
Seribu satu persoalan ayah ibu.
Seribu satu pertanyaan kakak abang.
Ayah Ibu semakin bimbang.
Apakah mereka akan memilki insan yang luar biasa dalam hidup mereka.Aku dikatakan luar biasa... Luar biasa atas dasar apa? Mungkin kerana aku berbeza dengan anak - anak ibu ayah yang biasa2 itu.
Benak Ibu ayah menjadi buntu.
Fikiran Kakak abang menjadi bingung.
Sehinggahlah persoalan mereka terjawab dengan masa dan ilmu serta pengalaman...

Tiada ulasan: