Lencana Facebook

6 Dis 2009

Renungan Utk Aku Yg Alpa

DENGAN NAMA ALLAAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi ALlaah Tuhan sekalian 'alam. Yang menciptakan sesuatu itu daripada tidak ada kepada ada. Sedang Dia Maha Pencipta. Wujud-Nya azali. Wujud-Nya tanpa berhajat kepada tempat. Selawat dan salam buat Nabi yang kita cintai Nabi Muhammad sollaLlaahu 'alaihi wa sallam, penutup segala Nabi, juga buat ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda yang mulia RadiyaLlaahu 'anhum, kepada sekalian para pejuang deenul Haq hingga akhir zaman. BaarokaLlaahu fiikum.


Untuk mu Nisa' dan Rijal...
Perkasakan 'aqeedah mu
Dengan mengenali TuhanMu
ALlaah Robbul 'Izzati
Ini dapat engkau perolehi dengan menuntut 'ilmu dengan guru yang mursyid


Bergurulah dengan guru yang mursyid
Yang memimpin dirimu untuk cenderung mengenali TuhanMu
Yang mana hatinya sentiasa mengagungkan ALlaah
Insha'ALlaah engkau akan dapati dirimu terdorong untuk berhijrah...



Berhijrahlah! Berhijrah kerana ALlaah dan Rasul-Nya
Berhati-hatilah! Jangan engkau berhijrah kerana dunia,
Jangan engkau berhijrah kerana manusia,
Jangan engkau berhijrah kerana mengharapkan pujian manusia...

Nisa' dan rijal
Muliakanlah dirimu dengan syari'at Islam
Jagalah 'auratmu dari pandangan yang diharamkan
Taatilah ibu bapamu yang membesarkanmu
Selama mana ketaatan itu tidak bercanggah dengan peraturan Islam

Nisa' dan rijal...
Awasilah pergaulanmu...
Jangan sampai tersalah memilih teman pergaulan
Setiap kali berteman, tanyalah dia "Siapa awak?"
"Kullu man tusohhib, fas alhu man anta?"
Pastikan 'aqeedah teman mu itu benar di sisi Islam
Bersahabatlah dengan mereka yang benar 'aqeedahnya
Berkawanlah dengan sesiapa sahaja
Tapi pastikan dirimu tidak lalai dalam pergaulan
Jadikan dirimu ibarat ikan di lautan
Masinnya lautan tidak memberi bekas pada isi ikan

Nisa' dan Rijal...
Manfaatkan waktumu dengan sebaik-baiknya
Ketahuilah bahawa masa usia kita adalah modal
Modal bagi kita untuk kehidupan yang kekal abadi
Maka itu, manfaatkalh waktu mu!
Kelmarin sudah menjadi sejarah
Hari ini ....Engkau tak tahu apa akan jadi pada dirimu
Hari esok belum tentu milikmu
Tiada siapa yang tahu bila dia akan dijemput pulang
Maka persiapkanlah dirimu
Untuk menghadapi saat yang pasti kunjung tiba

Nisa' dan Rijal...
Sampaikanlah da'wahmu kerana ALlaah dan Rasul-Nya
Jangan engkau harapkan habuan dunia
Dunia ini hanya sementara
Akhirat juga yang kekal abadan abada
Jika hatimu sering mengeluh
Rasa tak kuat untuk berda'wah
Mantapkanlah 'ibadahmu

Bacalah al-Qur'an dan bertadabburlah
Perbanyakkan zikruLlaah dan Selawat ke atas RasuluLlaah
Buatlah sesuatu kerana ALlaah
Insha'Allaah akan datang bantuan Allaah
Sesungguhnya bantuan ALlaah itu sangat hampir
Jika engkau membantu agama ALlaah
ALlaah akan menetapkan kedudukanmu
ALlaah akan melimpahkan rahmat kasih sayang-Nya kepadamu
Mudah-mudahan engkau beroleh halawatul iman


Ketahuilah Nisa' dan Rijal
ALlaah menciptakan dirimu dengan kesempurnaan
Sesungguhnya ALlaah Maha 'Adil
Setiap insan ada kekurangan, dan sudah tentu masing-masing mempunyai kelebihan
Tidak ALlaah menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia
1001 hikmah yang terbentang di hadapan kita
Yang penting lihatlah sesuatu itu dengan mata hati
Lihatlah yang tersirat di sebalik yang tersurat....

Akhirul kalam... buat nisa' dan rijal...
Perhatikanlah orang di sekelilingmu...
Kukuhkan pegangan 'aqeedahmu
Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka...
Didiklah mereka untuk mengenali ALlaah
Berjuanglah bersungguh-sungguh menegakkan agama ALlaah
Intima'kanlah dirimu di dalam jama'ah Islam
Yakni jama'ah yang memperjuangkan agama ALlaah
Dengan 'aqeedah yang benar...

Nisa' dan Rijal
Jangan sesekali engkau berpaling daripada jalan da'wah
Jalan ini sungguh mulia... Jalan para Nabi dan Rasul
Marilah kita bersatu memperjuangkan agama ALlaah
Letakkanlah dirimu bersama barisan yang mengimpikan syahid pada jalan ALlaah
Syurga terbentang luas buat para syuhada'

Remember! As a muslim, we have to fight only for Islam
Either we win or we dead as Syuhada'
Aameen ya Robbal 'aalamin.