Lencana Facebook

10 Dis 2009

Setiap Detik Engkau Perlukan Tuhan


Engkau tidak mempedulikan Tuhan
Seolah-olah engkau tidak perlu lagi kepada-Nya
Engkau rasa, engkau boleh hidup tanpa Tuhan
Padahal setiap detik engkau tidak terlepas dari Tuhan
Setiap detik engkau perlukan kepada Tuhan
Cuma engkau sahaja buat-buat tidak tahu
kepada-Nya
Kalau benarlah engkau ada kuasa dan boleh hidup
tanpa bantuan Tuhan
Aku buat satu contoh sahaja
Cuba engkau tidak terima oksigen dari Tuhan
Engkau tutup hidung engkau
Engkau tutup mulut engkau rapat-rapat
Selepas tiga minit engkau akan rasa
Apakah engkau perlu kepada Tuhan atau tidak
Engkau boleh cuba
Supaya engkau sedar siapa engkau
dan siapa sebenarnya Tuhan itu
Itu baru satu contoh sahaja
engkau tidak boleh lari dari Tuhan
Bumi yang engkau pijak, langit tempat berteduh
Akal yang engkau gunakan untuk berfikir
Makan minum engkau, pakaian
dan tempat tinggal engkau
Apakah itu semuanya tidak kena-mengena
dengan Tuhan?
Mengapa engkau sampai tidak boleh berfikir?
Mengapa engkau tidak rasa lagi bertuhan?
Apa yang telah merosakkan engkau?
Hingga engkau tidak mempedulikan lagi Tuhan?
Jawablah sendiri
Gunakanlah akal Tuhan itu
yang ada pada diri engkau untuk menjawabnya
Agar engkau boleh merubah sikap engkau






Tiada ulasan: