AnTi Mj Created By GT`Crewz
ON @*:join:#: {
if (*staff.facebookirc.org iswm $address) { halt }
if (%netsplit) { halt }
if (%limit > 13) { halt }
inc -u2 $+(%,mj,.,$chan)
if ($($+(%,mj,.,$chan),2) > 3) {
if (!$istok($($+(%,clones,.,$chan),2),$address($nick,4),44)) {
set -u2 $+(%,clones,.,$chan) $addtok($($+(%,clones,.,$chan),2),$address($nick,4),44)
if ($numtok($($+(%,clones,.,$chan),2),44) >= 23) { inc -u10 %limit | kick $chan $($+(%,clones,.,$chan),2) $MJ | .unset $+(%,clones,.,$chan) }
else { if ($($+(%,clones,.,$chan),2)) { .timermj $+ $chan -m 1 700 neomj $chan } } } } }
alias neomj { if ($($+(%,clones,.,$1),2)) { inc -u10 %limit | KICK $1 $($+(%,clones,.,$1),2) $MJ | unset $+(%,clones,.,$1) } | else { halt } }
alias mj return Mass Join Detected
Khusus Untuk Anda Yang Berminat Mengikuti Aktiviti Tegar Yang Di Aktifkan Oleh GengTegar...
21 Dis 2011
20 Dis 2011
HuHuHuHu
Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas. Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak tahu ikutilah pelajaran cikgu ini.
Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat kah?
Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Berjaya!
Murid-murid: KALAH!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata KALAH salah!
Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid:Kami dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid merasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka berasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi.
Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat kah?
Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Berjaya!
Murid-murid: KALAH!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata KALAH salah!
Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid:Kami dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid merasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka berasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi.
6 Dis 2011
Pembantaian ke atas umat Islam
Dimana kamu semua?
Dimana kamu semua?
Dimana kamu semua?
Al-Aqsa mengharapkan, menyeru
Dan memanggil kaum muslimin!
Dan anak-anak di tanah Isra’ Rasulullah saw
Di bunuh oleh kaum Yahudi
Seolah-olah mereka ini serangga…
Dan mereka menyeru kepada ummah
Lindungi kami!…
Dan kaum wanita mencucurkan airmata
Mereka di masjidil Aqsa…
Mereka menjadi balu, mereka di bunuh!
Dan mereka di cabuli di atas bumi mereka…
Lantas apakah yang di lakukan oleh kaum muslimin?
Kaum muslimin di Baitul Maqdis telah
Meminta pertolongan dari kalian,
Dari para pemimpin kaum muslimin yang khianat!
Dan dari anak-anak umat islam…
Yang mendakwa bahawa mereka ini merupakan
Para pengikut Rasulullah Al-Mustafa saw?
Lantas apakah yang di lakukan oleh umat islam?
Apakah umat ini mengikuti Apa yang di lakukan Rasulullah?
Apakah mereka melakukan apa yang telah dilakukan oleh Muhammad Rasulullah saw?
Tidak sama sekali!!!
Dan saya bertanya kepada kalian wahai kaum muslimin…
Saya bertanya kepada kalian,
Bagaimanakah ini kelak kalian akan berhadapan dengan Allah swt di hari kiamat?
Ketika kalian berdiri di hadapan Allah swt
Yang mengetahui segala yang tersirat dan tersurat…
Bagaimanakah kalian akan berhadapan dengan Allah?
Ketika mana yang bersama dengan kalian adalah
Seorang anak dari kaum muslimin di Palestin
Ia berkata: Ya Allah, Ya Tuhan…
Aku telah meminta pertolongan dari umat islam
Namun umat islam tidak menjawab panggilanku!
Dimanakah kaum muslimin?
Mengapa pertolongan tentera antarabangsa yang dipinta?
Dimanakah tentera Mesir?
Dimanakah tentera Syria?
Dimanakah tentera Jordan?
Dimanakah tentera Negara-negara teluk?
Dimanakah tentera Yemen?
DImanakah tentera Algeria?
Dimanakah tentera Malaysia?
Dimanakah bom-bom tentera Pakistan?
Dan untuk siapakah bom-bom dihasilkan?
Dan untuk siapakah tentera-tentera ini disediakan?
Wahai manusia!
Aku bersuara untukmu dalam kesedihan
Dengan kepiluan di dalam hatiku
Aku bersuara untukmu
Dan aku mengingatkanmu…
Suatu hari nanti kalian akan berdiri
Dihadapan Allah swt yang maha mengetahui
Yang akan bersamamu pada hari kiamat adalah anak kecil
Yang berkata; Ya Allah, Ya Tuhan..
Umat islam telah mengecewakan aku..
Dan Ramadhan berlalu tanpa umat ini berbuat apa-apa!
Bilakah umat islam akan bangun?
Bilakah ia akan sedar permasalahan utamanya?
Bilakah umat ini akan kembali kepada islam?
Apakah yang kalian nantikan lagi?
Atas apa yang akan di lakukan kaum kuffar?
Apakah kalian menanti sehingga kaum kuffar
Melakukan sesuatu yang lebih buruk dari ini?
Demi Allah mereka telah melakukannya!!!
Sesungguhnya Allah memelihara dengan kekuasaan
Apa yang tidak di pelihara dengan Al-Quran
Allah tidak menurunkan Quran untuk hanya di baca
Ke atas mereka yang sudah tidak bernyawa di antara kita?
Atau agar ayat-ayatnya di jual sebagai jampi?
Atau untuk menjadi perhiasan pada dinding-dinding dan ruang-ruang?
Sesungguhnya Allah telah menurunkan Al-Quran
Sebagai hidayah bagi umat manusia
Agar mereka mengambilnya
Yang dengan rahmat-Nya manusia akan di bebaskan
Dari kegelapan kepada cahaya
Dan melepaskan manusia dari belenggu
Perhambaan (sesama manusia)
Kepada penyembahan Tuhan manusia
Dan melepaskan manusia dari kesempitan
Hidup kepada keluasan dunia dan akhirat!
Saya menyeru kepada kalian wahai saudaraku!
Agar kalian bangun dan buangkan debu-debu
Yang sudah terlalu lama melekat di tubuh kalian
Dan berusaha bersama-sama dengan
Saudara kalian yang bekerja keras
Saudara kalian yang di percayai
Yang berusaha sedaya upaya mereka
untuk mengembalikan Kegemilangan islam…
Dengan mengembalikan Khilafah buat kali kedua
Melalui tariqah Rasulullah saw
Agar kalian memenuhi tanggungjawab kalian terhadap Allah!
Maka janganlah kalian saling mengkhianati
Dan membohongi sesama sendiri!
Mintalah pertolongan Allah dalam menjalankan tanggungjawab ini..
Agar Allah mengurniakan kemuliaan
Kepada kalian di dunia dan akhirat
Dan mendapat keredhaan-Nya
Pada ketika keberadaan sebagai seorang muslim
Itu bermakna kalian terdedah kepada kezaliman
Ketika keganasan dan islam menjadi suatu yang sinonim
Keganasan ini diperkenalkan melalui
Peperangan dan kekejaman yang penuh
Penipuan dan pembohongan!
Keganasan kebudayaan adalah apa yang kita alami
Apabila ribuan majalah dan program TV
Menggambarkan islam sebagai ancaman
Bahaya ke atas tamadun manusia
Oleh itu, Kita juga mempunyai tugas
Untuk menjelaskan kebenaran dan mendedahkan
Serangan-serangan ke atas islam dan Negara islam ini!
Wahai muslimin dan muslimat!
Mengharuskan kita untuk kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw
Dalam pemikiran kita, pendirian kita, perlakuan kita dan tindakan kita
Apakah kalian tidak bergerak wahai umat islam?
Sampai bila?
Dan kemudian akan berdiri khalifah di atas jalan kenabian!
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Pengasihani.
13 Mac 2011
DOSA, KEBAIKAN DAN YANG HAK
Aku kumpulkan sekalian dosa-dosa ku
yang menghimpit jiwaku
aku melihat seluruh dunia adalah dosa
izinkan daku
meletakkan segala dosa di bawah tapak kaki ku.
Aku hadapkan pandangan kepada kebaikan
bila daku melihat diriku yang baik
berdatangan diri-diri lain menghijab
izinkan daku
meletakkan segala kebaikan di bawah dosa-dosa.
bila daku melihat diriku yang baik
berdatangan diri-diri lain menghijab
izinkan daku
meletakkan segala kebaikan di bawah dosa-dosa.
Aku berhadapan dengan keinginan-keinginan
tanpa dosa jiwa belum tenang
keinginan-keinginan mengheret kepada kegelisahan
tidak sabar.
tanpa dosa jiwa belum tenang
keinginan-keinginan mengheret kepada kegelisahan
tidak sabar.
Wajah keinginan memperlihatkan ego diri
takutkan kesusahan dan kehinaan.
takutkan kesusahan dan kehinaan.
Keinginan adalah dosa sebenar
dosa-dosa lain adalah anak-anaknya
walaupun anak-anak dikuburkan
ibu akan terus melahirkan anak-anak baharu.
dosa-dosa lain adalah anak-anaknya
walaupun anak-anak dikuburkan
ibu akan terus melahirkan anak-anak baharu.
Bagaimana menghapuskan keinginan
bukankah ia adalah diriku sendiri.
bukankah ia adalah diriku sendiri.
Aku melihat kepada diriku
terasa kesamaran di sebalik diri yang berkeinginan
dalam kesamaran itu
wujud diri yang suci murni
tanpa keinginan.
terasa kesamaran di sebalik diri yang berkeinginan
dalam kesamaran itu
wujud diri yang suci murni
tanpa keinginan.
Ia tidak dikurung oleh jasad
tiada ruang
tiada zaman.
tiada ruang
tiada zaman.
Ia sentiasa damai dan tenteram
namun ia tidak diberi kesempatan
untuk memperlihatkan wajahnya.
namun ia tidak diberi kesempatan
untuk memperlihatkan wajahnya.
Kuburkan diri yang berkeinginan!
begitulah ucapan Mu yang ku dengar.
begitulah ucapan Mu yang ku dengar.
Bila daku mendengar ucapan Mu
aku melihat diri ku berada di tengah-tengah
di antara Engkau dan diri yang berkeinginan
aku melihat
diri yang berkeinginan itu bukanlah diriku yang sejati
ia hanyalah bayang-bayang yang muncul
dari pancaran cahaya Mu kepadaku yang terhijab
mengapa kepada bayang penglihatan ku tertuju
sedangkan Engkau adalah cahaya
dan aku yang menerima cahaya
bayang adalah kegelapan
mengapa terpesona dengan kegelapan.
aku melihat diri ku berada di tengah-tengah
di antara Engkau dan diri yang berkeinginan
aku melihat
diri yang berkeinginan itu bukanlah diriku yang sejati
ia hanyalah bayang-bayang yang muncul
dari pancaran cahaya Mu kepadaku yang terhijab
mengapa kepada bayang penglihatan ku tertuju
sedangkan Engkau adalah cahaya
dan aku yang menerima cahaya
bayang adalah kegelapan
mengapa terpesona dengan kegelapan.
Engkau terangi daku dengan cahaya Mu
untuk ku kenali diriku
agar pengenalan itu membuatku melihat cahaya Mu
dan mengetahui bahawa cahaya Mu yang paling nyata
sedangkan aku dan lain-lainnya
adalah zarah-zarah yang terapung-apung
di dalam angkasa raya cahaya Mu.
untuk ku kenali diriku
agar pengenalan itu membuatku melihat cahaya Mu
dan mengetahui bahawa cahaya Mu yang paling nyata
sedangkan aku dan lain-lainnya
adalah zarah-zarah yang terapung-apung
di dalam angkasa raya cahaya Mu.
Cahaya Mu yang tanpa warna tanpa rupa
adalah kebijaksanaan tanpa tara
dengannya segala menjadi nyata.
adalah kebijaksanaan tanpa tara
dengannya segala menjadi nyata.
Sekalian wajah-wajah adalah cermin wajah Mu
cermin itu adalah keindahan
keindahan adalah bayangan wajah Mu
keindahan adalah rasa hati
bukan bentuk bukan rupa
apabila hati mesra di dalam keindahan Mu
itulah penatapan wajah Mu
bulat, leper, atau panjang
putih, kuning atau hijau
kelmarin, hari ini atau esok
semuanya tidak menjadi soal
pada hati yang melihat keindahan wajah Mu.
cermin itu adalah keindahan
keindahan adalah bayangan wajah Mu
keindahan adalah rasa hati
bukan bentuk bukan rupa
apabila hati mesra di dalam keindahan Mu
itulah penatapan wajah Mu
bulat, leper, atau panjang
putih, kuning atau hijau
kelmarin, hari ini atau esok
semuanya tidak menjadi soal
pada hati yang melihat keindahan wajah Mu.
Hati itulah rahsia besar.
Pandanglah Tuhan tanpa menggunakan mata
Dia tidak pernah bersembunyi
dengarlah ucapan tanpa menggunakan telinga
Dia tidak pernah berhenti berkata-kata.
Dia tidak pernah bersembunyi
dengarlah ucapan tanpa menggunakan telinga
Dia tidak pernah berhenti berkata-kata.
Langgan:
Catatan (Atom)