Lencana Facebook

9 Jun 2010

2 elaun tambahan guru pedalaman


  • Kategori baru RM750 dan RM1,250

  • Modul baru kurikulum sekolah luar bandar tahun depan
    MIRI: Kementerian Pelajaran bercadang menambah dua lagi kategori elaun khas bulanan bagi guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman, kata Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Dr Amir Salleh @ Mohd Salleh. Beliau berkata, kategori baru di bawah Elaun Pedalaman itu akan membabitkan elaun tambahan masing-masing sebanyak RM750 dan RM1,250. 


  • "Elaun baru ini dijangka dilaksanakan sedikit masa lagi dan ia tambahan kepada kategori sedia ada, iaitu RM500, RM1,000 dan RM1,500," katanya pada sidang akhbar selepas perasmian bengkel tiga hari mengenai sekolah kecil, di sini semalam.

    Timbalan Menteri Pelajar Dr Mohd Puad Zarkashi merasmikan bengkel bertajuk ‘Strategi Pedagogi Bagi Meningkatkan Prestasi Sekolah-Sekolah Kecil’ yang disertai 36 peserta dari enam negara.

    Amir berkata, pengenalan kategori elaun tambahan itu diharap dapat mengurangkan kadar pertukaran guru dari sekolah kawasan pedalaman.
    Beliau berkata, insentif tambahan untuk guru itu juga dilihat sebagai satu strategi mencegah prestasi buruk sekolah di kawasan pedalaman.
    “Modul baru akan diperkenalkan tahun depan sebagai sebahagian daripada kurikulum untuk pelajar sekolah pedalaman bagi meningkatkan kemampuan pembelajaran mereka,” katanya.

    Beliau juga berkata, perkhidmatan sokongan khas termasuk penginapan, tuisyen percuma, program pemakanan tambahan serta bantuan kewangan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) akan diteruskan kepada pelajar sekolah pedalaman.

    Tiada ulasan: